Ya Allah. Kau Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya. aku tahu Kau melihat dari jauh, akan hambaMu ini yang merintih mendambakan kekuatan dalam hidup. Esok atau nanti, aku mohon Ya Allah, agar kesedaran ini berterusan. Aku mengetahui bahawa Kau tak kan menguji hambaMu melebihi dari apa yang termampu. Kau kurniakan aku kesempatan untuk tersenyum dan menyedari bahawa Kau wujud dalam hidupku. Kau berikan aku kesempatan untuk sujud menangis menghadapMu. Kau berikan aku dugaan demi dugaan dalam hidupku. Ya Allah, makin aku cuba menghampirkan diriku padaMu. Semakin Kau menduga kekuatan hati nuraniku. Dalam mencari redhaMu Ya Allah, dalam mempelajari agamaku Ya Allah. Ku mohon, Kau berikan daku kekuatan mental dan fizikal. Aku mohon kau berikan kekuatan untuk ku agar aku tidak tersungkur jatuh mengalah dengan dugaanMu Ya Allah. Disaat saat yang terpenting dalam hidupku, Kau menguji aku terus terusan. Semakin hari aku berjalan memandang langit, hatiku menjerit kelemahan memohon kekuatan dariMu. Disaat saat aku masih bernafas melafazkan Laillaha'illallah Muhammadurrasulullah. Ya Allah kepadaMu aku sujud taubat. Semakin hari semakin dosaku tinggi mengunung. Janganlah Kau berhenti hadir dalam hidupku, memberi hidayah dan petunjuk ke jalanMu. Dugaan yang sedia bagiku sekarang, membuatkan aku terasa sayu dalam tangisan. Betapa hebatnya dugaan yang Kau ciptakan Ya Allah. Biarpun hatiku menjerit, ku tahu Kau merancang yang terbaik untuk setiap hambaMu. Kumohon jangan Kau tarik perasaan khilaf redha dan sabar menerima dugaan dariMu. Ya Allah, kekalkan rasa kesedaran ini dalam hidupku. Ya Allah, berikanku kekuatan yang aku dambakan. Sayu dan hiba yang kurasakan disaat aku merasakan kehadiranMu dalam hidupku. Atas segala cinta an kepayahan yang Kau kurniakan kepadaku disaat ini. Aku berterima kasih. Kawan kawan, aku mendoakan segala yang terbaik untuk kalian. Assalamualaikum.