Ruzaini, nama kau yang bermain di bibir aku tatkala aku resah dan rindu. Sayang, aku bahagia dengan kau saat ni sayang. Detik demi detik, waktu demi waktu yang ku lalui. Kau ada bersama aku, tapi aku takut sayang. Memang niat aku ingin berjumpa dengan kau, menatap mata lalu tersenyum bahagia bersama kau. Bukan lagi melalui skype sayang, tapi secara berdepan. Tidak lama lagi, kita pasti akan bersua. Amin, inshaAllah sayang. Aku takut aku terlalu mengharap untuk tidak selalunya berjauhan dari kau sayang. Apa yang pasti, setiap pertemuan ada perpisahan. Soal hati ini sayang, hati ini tak nak berjauhan lagi dengan kau nanti. Andai kita sudah bertemu, perpisahan sementara yang bakal kita lalui selepas itu. Akan membuatku rasa lemah, betapa aku selalu merinduimu, menginginkanmu disetiap saat sayang. Aku nak kau tahu, jauh atau dekat, hati ini kukuh terpahat namamu sayang .