mama, papa. shaa tulis surat ni khas untuk mama dan papa. andai kataa satu hari nanti shaa tak dapat banggakan mama dan papa untuk belajar tinggi tinggi. bukan kerana shaa tak nak and takde minat untuk belajar. tetapi mama, shaa kesian tengok mama kerja siang malam just untuk bayar duit sekolah. duit gaji mama habis macam tu je, shaa tahu mama penat. shaa tahu mama nak tengok anak anak mama semua berjaya. tetapi mama, shaa nak mama utamakan adik adik dulu. biar shaa graduate high school. kalau tak masuk university pun takpe mama. shaa akan kerja tolong mama mcm skrg. tak kisah walaupun shaa takde kelayakan atau diploma and etc. shaa tak nak mama bayar duit mahal mahal untuk shaa. shaa anak kedua, shaa akan tolong mama. kepada kawan kawan aku, jangan la korang pelik kalau tiba tiba ketua murid kau masa sekolah rendah ni, yang berjaya dalam peperiksaan Upsr dan jugaa Psra. dan juga merupakan seorang student dari sekolah menengah sains di hulu selangor, hanya bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat dengan gaji yang rendah. itu kerana, bukan saya tidak mementingkan pelajaran, itu hanya kerana, saya tahu betapa susahnya hidup. tapi jikalau ada kesempatan dan rezeki untuk saya berjaya and mendapat lebih dari apa yang sepatutnye dengan izin Allah, inshaallah saya tidak akan menolak :) lagipun memang sejak awal sudah saya tetapkan niat dalam hati, untuk tidak terlalu mementingkan darjat atau mengumpul koleksi sijil sijil. tetapi cukup la sekadar ilmu pengetahuan yang berguna untuk saya untuk menempuh hidup ni. kerana saya tahu, dunia ni makin tua. saya juga percaya, kiamat semakin hampir. apa guna belajar ambik master, kalau lambat lambat start kerja, dan juga membuang masa. dan juga kita leka dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Nya. saya tak nak macam tu, leka dgn dunia. akhirat entah ke mana. sekian, untuk mama :) maafkan shaa, tapi sya nak yang terbaik utk keluarga sya, bukan diri syaa yang diutamakan dahulu. love you mama :)